WITH OR WITHOUT SUNSCREEN

HELLO BEAUTIFUL SEMUA! Aaaa tak kira, sapaan ini untuk lelaki jugak ok, bukan perempuan je nak ada skin cantik! Helllooo?

Ok gais, meh sini nak tanya, korg rasa PAKAI SUNBLOCK/SUNSCREEN NI PENTING ke? Haaaa siap dah caps lock dah tu, kalau korg jawab tak penting jugak tak tahu nak cakap camne lagi

Korg pakai night cream/serum untuk rawat skin, tapi siang tak protect skin dari matahari. So sama je macam korg takyah pakai, bazir je beli. Baik buang je duit tu dalam tong sampah  tak pun bagi i amacam?⠀

Fyi, untuk orang yang berkulit putih, daya tahannya pada matahari hanya 10 minit je sebelum kulit korg menjadi kemerahan tanpa sunscreen. Untuk kulit kuning langsat ia boleh bertahan sehingga 15 minit. Sementara orang berkulit cokelat dan hitam, kulit korg mampu bertahan sehingga 20 minit. Jadi kat mana nya yang dikatakan SUNBLOCK/SUNSCREEN tak penting eh? Haa nak kena rotanzz nii, kang sunburn/muka belang salah kan kiteww pulak ⠀

Dah tu apa beza nombor2 spf pada sunscreen/sunblock tu? Haa mudah aje, camni kalau kulit korg kuning langsat dan korg menggunakan SPF 30, maksudnya sunscreen boleh berfungsi selama 15 minit x 30(nilai SPF sunblock/suncreen korg) jadinya 450 minit yang bersamaan dengan 7 jam stengah aje  so cukup tak? Haaa mudah kan nak pilih sunblock/sunscreen yg sesuai?? So NO MORE ALASAN UNTUK PROTECT SKIN U LEPAS NI 🤗⠀

Pastikan, asal jejak je kaki keluar pintu rumah, mode sunblock/suncreen turns onzzzz! Ok ke tak gais? Aa mula lah tu nak mengeluh, nak kena niiii ⠀

𝐀𝐩𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐞𝐳𝐚𝐚𝐧 𝐔𝐕𝐁 𝐝𝐚𝐧 𝐔𝐕𝐀?⠀

Sinaran UVB adalah bertanggungjawab untuk menghasilkan selaran matahari (sunburn). Cara mudah untuk mengingatinya ialah UVB menyebabkan burning (terbakar). Sinaran UVB juga memainkan peranan paling besar dalam menyebabkan kanser kulit.⠀

Sinaran UVA pula menembusi lebih jauh ke dalam kulit dan memainkan peranan yang lebih besar dalam penuaan kulit termasuk pembentukan kedut muka. Oleh itu, ingatlah UVA menyebabkan aging (penuaan). UVA juga memainkan peranan dalam pembentukan kanser kulit.⠀

UVB & UVA adalah sinaran ultravoilet yang sampai ke permukaan bumi. Pape pun, JOM SEMBANG DULU SEBELUM BELI  



Older post Newer post